Monday, June 30, 2008

CerIta Gi ToloNG KenDUrI

29 Jun 2008- g kenduri 2 pasangan berkahwin (adik hazri kawin)..

ari jumaat-sampai kt Felda Trolak kul 8 mlm..pas mandi g makan umah hazri.,pastu tlg bungkus coklat, balut kotak coklat..sonok..walaupun penat...

ari sabtu-bangun pagi pas mandi g makan nasi kat umah kenduri..tapi time tu tak kenduri lagi lah..

sedara2 dah datang, ramai yg mandi umah abg nizam sbb bilik air tak cukup..diorang mandi air terjun kt blakang umah..best sbb air sejuk dan sangat jernih..tapi cetek je...pas mandi g hari kantin sekolah kt SMK Trolak, Sungkai..beli ABC n Sate..meriah gak..ramai yg dtg.ina dtg sbb nk tgk adik abg nizam jual mee goreng..balik tu, g kenduri..tlg tgk org hias bilik..sbb duk umah tu..ina banyak makan je...kul 3ptg..tetiba letrik takde..org nak mesin klapa takleh..terpaksa guna cara lama..guna kukur kelapa..guna lesung menumbuk..walaupun perit, tapi nampak best (sbb bukan ina yg kena kukur&menumbuk)..huhu..karaoke start kul 11 mlm, sbb kul 11 baru de letrik..mandi plak,tak yah runsing, air terjun blakang umah je..tak puas mandi..mcm taknak naik dari air terjun..

ari ahad-dah bz kenduri..tlg hias lauk pengantin, meja pengantin..tghari skit g make up pengantin (bukan ina yg mekap, teman org je)..huhu..layan2 org yg dtg..pengantin bis makan, ina makan lauk pengantin plak..dgn sedara2 hazri sambil duk gelak2...dlm kul 8 balik kl dgn man...keseluruhan pengalaman g kenduri kawin kat situ..memang best...

Wednesday, June 25, 2008

UpdAte Jumlah SuMBanGan

jumlah sumbangan terkini..
bertarikh 26 JUN 2008, berakhir kul 1231 tghari..
jumlah terkumpul menjangkau RM2569.53..
terima kasih daun keladi..
lain kali sumbang lagi..
(kami menerima sumbangan berbentuk wang tunai, tenaga kerja, alatan, dan benih)
semoga Allah menambah rezeki kalian

ceRita DiTipu dan terTipu...

begini kisahnya bermula...
pada isnin 23 Jun... kami mendapat bite yg tak gumbira..6org kanak-kanak(merangkap org kuat kami utk projek My Kitchen Garden) akan dihantar balik kg sbb slalu sgt ponteng skolah... dgn wajah berseri2...berkasut...pakai smart2..mereka bersemangat & tak sabar2 lg nak balik kg..(diorg tak sedey pun).. kami yg sedey.. diorang kata.. kat skolah slalu kena buli..kena pau..takde org nak kawan dgn diorg sbb diorang anak org asli (mulia sgt ke org yg tak asli ni sampai taknak kawan dgn org asli, ye tak?).. kami bakal kehilangan pekerja berdedikasi kami..kami pun menganjurkan game..
sbagai kenangan terakhir bersama mereka..

keesokan harinya.. slasa 24 Jun.. bila kami sampai. ASDAF, kami tgk bebudak tu de lg.. kami pun tanyalah..nape diorg ni de lagi,kata nak anta balik dah..

rupe2nye.. ustaz diorg takutkan diorang nak anta balik supaya tak ponteng skolah lagi..(tp diorg ponteng gak skolah slasa tu,)..diorg tak dianta balik pun..just main2 je.. diorang ditipu..kami tertipu...kuang..kuang...kuang...

fASa sEtERuSNYA...

21 JUN..
setelah seminggu memerah keringat tiap2 petang bersama supervisor kami yang baik hati (abg Mat), akhirnya aktiviti gotong royong diadakan.. pagi sabtu tepat kul 830pg.. ramai2 kanak-kanak duk ASDAF turun.. menjayakan gotong royonglah katakan... ina kena dtg awal kt opis.. packing makanan (roti sapu jem&kaya) untuk pekerja yg bertungkus lumus membantu gotong royong.. mula2 semua orang bersemangat wat.. bila dah capai jam 10pg... budak2 tu dah mula bergayut kat pokok dari menggemburkan batas...huhu...tapi oklah... sekurang2nya dapatlah meringankan beban kami ni.. seronok gak tgk budak2 ni main...bergayut2 kt dahan pokok.. teringat masa kecik dulu.. main macam tu jugak...huhu.. sukarelawan&kanak-kanak juga wat aktiviti sampingan iaitu buang dahan mati...takut2 terjatuh dan terkena kanak2 kat situ...aktiviti berakhir jam 12...dan inilah hasil aktiviti gotong royong teresbut TERIMA KASIH kepada sukarelawan yg sudi datang terutamanya staff MUSLIM AID ASIA, RMC, dan INDIVIDU DARI PUTRAJAYA.. terima kasih daun keladi.. lain kali datang lagi... =)

Tuesday, June 17, 2008

AktiViti PertaMa DalaM FasA cucUk Tanam

17 Jun..
aktiviti buat batas bermula...
mula2 sronok pegang cangkul..
bila dah 10 kali angkat cangkul, rasa penatlah plak..
dah start termengah2 plak tu..huhuhu..
semalam dah siapkan 5 batas dgn bantuan sorang staff ASDAF dan 4 kanak-kanak..
keje ina dgn ita...wat batas...gemburkan tanah..

keje abang Mat semalam...


dan apabila aktiviti semalam yag berakhir kira2 kul 7 ptg..inilah hasil yang kami dapat...

semalam abg Mat blanja ice cream...nyum!...nyum!...aktiviti semalam berakhir dgn sesi tangkap gambar...

sElamAt PengaNtin BarU


selamat...
pengantin baru...lalalala..
selamat...
berbahgia....
selamat...
keanak cucu...
selamat...
sejahtera...

13 Jun teh dah jadi isteri orang...dapat abang ipar baru...
pasni tinggal ina dgn ain (adik) je yang tak kawin lagi...
huhu...
semoga teh berbahagia selalu hendaknya...
rasa dah lama kita duk sama...skarang teh dah de idup baru...
rasa macam dah besar dah (walaupun hakikatnya mmg dah besar), cepatnya masa berlalu..
sbb bl kenang kembali zaman kanak-kanak rasa baru semalam berlalu..
hidup mesti diteruskan...
kerja mesti disiapkan (aritu banyak keje terbengkalai sbb cuti teh kawin)
putaran masa semakin pantas rasanya kini...

Monday, June 16, 2008

hAri InI Dan sEmaLaM

17 Jun
semalam dah start beli barang kat midvalley...
tapi tak beli semua sebab kete ita tak muat nak isi barang...
tu pun balik terpaksa bersila atas kusi sbb kt kaki penuh barang...
pokok cili, serai, dan pandan dah beli...
tunggu wat lubang...dan tanam...
semalam anta barang2 kat ASDAF dan semai pokok kucai dlm pasu...
harap2...doa2...moga2...
pokok kucai tu tumbuh suburlah...
ptg ni akan start mencangkul...
wat batas...watlah pape yang patut jugak...
ahad ni dah nak rasmi..
takleh wat sambil lewa...
kena bersungguh2 wat taman sayuran ni..
taman...bukan kebun...
so, tgklah landskap yang direka oleh kami yg tak bape expert ni...
huhu...
moga2 de orang yang nampak konsep taman kami tu...
kalau de orang kata cam kebun...maksudnya kami ni taklah kreatif...hahaha...

P/S:tak tau nak tulis pe sbnrnya, tapi abg mat kata kami punya blog dah bersawang...so kena update...akan update bersungguh2 pg sok...

Sunday, June 8, 2008

MeMohon suMbangan


ni barang2 keperluan yang kami perlukn utk wt MY KITCHEN GARDEN

1. biji benih=RM 16 (kacang panjang&timun)

2. pokok cili= RM10X8pokok=RM80

3. pokok kunyit=RM10

4. pokok serai=RM10

5. baja organik=RM10X3peket=RM30

6. baja campuran=RM15X3peket=RM45

7. racun=RM15X3botol=RM45

8. cangkul=RM20x3batang=RM60

9. kulir=RM8x5batang=RM40

10. serampang=RM8x5buah=RM40

11. bekas penyiram=RM10x3biji=RM30

12. pengorek=RM15x3=RM45

13. sarung tangan=RM4x5=RM20

14. kete sorong=RM50

15. pagar=RM20x5set=RM100

16. batu kecil=RM10x5set=RM50

17. simen=RM30

18. pasir=RM15x3peket=RM45

19. pasu=RM10x10biji=RM100

20. paip getah=RM15

21. bekas racun=RM20x2biji=RM40

22. pencakar sampah=RM8x2batang=RM16

23. kos operasi=RM300

24. tenaga kerja=RM300

25. T-shirt (penghuni ASDAF dan komuniti)=RM20x80helai=RM1600

26. pelbagai=RM500


JUMLAH=RM3617


CARA WAT SUMBANGAN

1. membuat temujanji dgn abg mat@eyta@eina (pape bleh berhubung dgn abg mat)

2. dtg sendiri kat MUSLIM AID ASIA, 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, 59100 KL. takpun tepon opis 03-2288 1996 @ 03-2282 1996)

3. deposit langsung ke EON BANK KL MAIN # 0518-11-00311-5 atau Inter GIRO bank secara 'online' di Maybank2u dan CIMB click

Thursday, June 5, 2008

tErIMa kaSiH kepAda PenderMa budiman.

6 jun...kami dah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM218 stakat jam 12tghari ni. semoga penderma budiman sekalian dimurahkan rezeki dan idup diberkati

KL, Ujan Ptg

2 3 menjak ni slalu ujan petang kat Bangsar...dari tingkap cermin bilik meeting Muslim Aid ni boleh nampak air naik kat jalan...kilat plak sentiasa memancar macam nak menembusi tingkap kaca ni...takut pun de gak...bila ujan benti, air akan surut sikit2...proposal dan di print siap..esok nak distribute dan mula g jejalan cari sponsor...kami dah update logo baru untuk projek ni...





Wednesday, June 4, 2008

KamI & BaDminTon

4 Jun (7-9mlm-break time solat maghrib tau!)
kami beramai-ramai mengikut cara idup sihat dgn g main badminton kat court badminton UM. pas bis keje trus g bersukan...takde warming up pun...main je terus...huhu...
Abg Mat, Kak Ida&suami, Kak Am, Ita dan ina join skali...ita tak main sgt sbb lapo..tghari dia mkn roti je...so takde tenaga...kami meloncat2 main badminton...huhu...Abg Mat sorang je steady...tak gerak pun blh pukul shuttlecock tu...Uisk!!!!Hebat (mari sesame tgk aksi abang mat yg hebat tu....)!..main badminton tapi takde net....huhu...terpaksa guna kusi sebagai net...pandai2lah budget net sendiri....pas main makan sesame kt cafe kolej 3 UM.... dan kami pulang dgn gumbira dan sakit badan (sbb tak warming up)

Tuesday, June 3, 2008

LOGO & PELAN PROJEK


ni pelan taman sayur tu...cuma cadangan...mungkin akan tanam lebih byk sayur dan pokok lain...bergantung kepada sumbangan.... diharap sangat abang2...kakak2..kawan2...dato', datin...encik...puan...cik... diluar sana hulurkan tangan, ringankan beban warga ASDAF => . Marilah sesame berganding bahu merubah wajah kawasan lapang ASDAF dengan taman sayur ni blh ek?

ni logo yg Abg Amir reka utk MY KITCHEN GARDEN.... (",)

Monday, June 2, 2008

INA dan HARAPAN



3 Jun...abang Mat soh update blog..
wat camni...wat camtu...emmm....so,kn tggu ita tlglh..tak reti...huhu...
dahlah bukan rajin nak update2 blog...tak pandai nak menulis ayat2 best...tapi demi dapatkan sumbangan ku gagahkan jua...
semalam En Wan blanja domino...Terima Kasih ye En Wan...makan dengan staff2 lain kt bilik meeting...
skarang ni busy nak cari fund projek 'MY KITCHEN GARDEN'. dah dapat sumbangan, barulah bloeh start projek tanam sayur dlm taman tu...tak sabar nak mencangkul...dah lama tak main tanah...

Sunday, June 1, 2008

INA, ITA & 'MY KITCHEN GARDEN'



Kami pelajar praktikal di Muslim Aid Asia dari Universiti Malaya diberi tugas mengarah satu projek. Demi menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan lestari, kami bercadang untuk membina 'MY KITCHEN GARDEN' di ASDAF.



Maklumat 'MY KITCHEN GARDEN'


Tarikh:16-20 Jun
Usaha sama: Muslim Aid Asia dan ASDAF
Tanaman: keledek, cili, serai, timun, dan kacang panjang
Kos: RM3617
Bentuk sumbangan:wang, alatan bercucuk tanam, baja, biji benih
Manfaat aktiviti:

1. mengurangkan kos pembelian barangan dapur kepada penghuni ASDAF

2. menggalakkan penghuni memakan sayur yang segar dan berkhasiat

3. mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat


Kepada individu yang berminat dan bermurah hati untuk memberi sumbangan, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996@03-2282 1996 (En Muhammad, Rozita @ Zarina). Anda juga boleh berhubung terus dengan person incharge untuk projek ni Rozita: 012-4363313 @ Zarina: 012-2481200

KAWASAN YANG BAKAL BERUBAH WAJAH... (",) ...ni tapak cadangan untuk MY KITCHEN GARDEN...ni kawasan yg ada dan boleh digunakan utk taman sayuran tu...







MY 1st DAY



28 Mei... start praktikal kt Muslim Aid Asia dengan cik ita...cam leceh je nak gi naik train.. so soh ita amik &anta tiap2 ari...huhu...
staff kt sini de Abg Mat, Abg Amir, Abg Shah, Kak Am dan Kak Ida...bos takde..g oversea...
1st day, kena tlg siapkan report utk Abg Mat tntg lawatan ke Perkampungan Orang Asli...report dlm BI.huhu...abis tunggak terbalik grammar...