Tuesday, July 1, 2008

UpdatE SumBangAn

jumlah sumbangan terkini untuk projek KITCHEN GARDEN ialah RM2669.35 (2 Julai 8pg)
terima kasih kepada penderma dan jemputlah datang ke ASDAF untuk melihat projek tersebut dijalankan atas usaha dan derma anda semua..

faSa SeterUsnya KitChen GardEn

2 Julai-aktiviti utk projek Kitchen Garden telah diteruskan tiap2 petang...usaha keras utk memastikan projek siap sblm tarikh perasmian pada 13Julai ini...pokok sawi, kailan, bayam, kacang panjang dah bercambah...sonok tgk pokok2 tu dah kuar dari tanah...maknanya usaha kami hampir berjaya...skarng ni dlm usaha mematikan rumput yg idup melata sekitar kawasan projek..dan berusaha menghias kawasan...rumput2 tu kami cangkul dan kami cover dgn plastik sampah itam sehingga menjelang hari perasmian..harap2 rumput dah tak merayap2 kt batas kami...dan mengganggu sayur2 kami...esok akan paparkan gambar pokok2 yg bercambah tu utk tatapan semua...tunggu ye...

Monday, June 30, 2008

CerIta Gi ToloNG KenDUrI

29 Jun 2008- g kenduri 2 pasangan berkahwin (adik hazri kawin)..

ari jumaat-sampai kt Felda Trolak kul 8 mlm..pas mandi g makan umah hazri.,pastu tlg bungkus coklat, balut kotak coklat..sonok..walaupun penat...

ari sabtu-bangun pagi pas mandi g makan nasi kat umah kenduri..tapi time tu tak kenduri lagi lah..

sedara2 dah datang, ramai yg mandi umah abg nizam sbb bilik air tak cukup..diorang mandi air terjun kt blakang umah..best sbb air sejuk dan sangat jernih..tapi cetek je...pas mandi g hari kantin sekolah kt SMK Trolak, Sungkai..beli ABC n Sate..meriah gak..ramai yg dtg.ina dtg sbb nk tgk adik abg nizam jual mee goreng..balik tu, g kenduri..tlg tgk org hias bilik..sbb duk umah tu..ina banyak makan je...kul 3ptg..tetiba letrik takde..org nak mesin klapa takleh..terpaksa guna cara lama..guna kukur kelapa..guna lesung menumbuk..walaupun perit, tapi nampak best (sbb bukan ina yg kena kukur&menumbuk)..huhu..karaoke start kul 11 mlm, sbb kul 11 baru de letrik..mandi plak,tak yah runsing, air terjun blakang umah je..tak puas mandi..mcm taknak naik dari air terjun..

ari ahad-dah bz kenduri..tlg hias lauk pengantin, meja pengantin..tghari skit g make up pengantin (bukan ina yg mekap, teman org je)..huhu..layan2 org yg dtg..pengantin bis makan, ina makan lauk pengantin plak..dgn sedara2 hazri sambil duk gelak2...dlm kul 8 balik kl dgn man...keseluruhan pengalaman g kenduri kawin kat situ..memang best...

Wednesday, June 25, 2008

UpdAte Jumlah SuMBanGan

jumlah sumbangan terkini..
bertarikh 26 JUN 2008, berakhir kul 1231 tghari..
jumlah terkumpul menjangkau RM2569.53..
terima kasih daun keladi..
lain kali sumbang lagi..
(kami menerima sumbangan berbentuk wang tunai, tenaga kerja, alatan, dan benih)
semoga Allah menambah rezeki kalian

ceRita DiTipu dan terTipu...

begini kisahnya bermula...
pada isnin 23 Jun... kami mendapat bite yg tak gumbira..6org kanak-kanak(merangkap org kuat kami utk projek My Kitchen Garden) akan dihantar balik kg sbb slalu sgt ponteng skolah... dgn wajah berseri2...berkasut...pakai smart2..mereka bersemangat & tak sabar2 lg nak balik kg..(diorg tak sedey pun).. kami yg sedey.. diorang kata.. kat skolah slalu kena buli..kena pau..takde org nak kawan dgn diorg sbb diorang anak org asli (mulia sgt ke org yg tak asli ni sampai taknak kawan dgn org asli, ye tak?).. kami bakal kehilangan pekerja berdedikasi kami..kami pun menganjurkan game..
sbagai kenangan terakhir bersama mereka..

keesokan harinya.. slasa 24 Jun.. bila kami sampai. ASDAF, kami tgk bebudak tu de lg.. kami pun tanyalah..nape diorg ni de lagi,kata nak anta balik dah..

rupe2nye.. ustaz diorg takutkan diorang nak anta balik supaya tak ponteng skolah lagi..(tp diorg ponteng gak skolah slasa tu,)..diorg tak dianta balik pun..just main2 je.. diorang ditipu..kami tertipu...kuang..kuang...kuang...

fASa sEtERuSNYA...

21 JUN..
setelah seminggu memerah keringat tiap2 petang bersama supervisor kami yang baik hati (abg Mat), akhirnya aktiviti gotong royong diadakan.. pagi sabtu tepat kul 830pg.. ramai2 kanak-kanak duk ASDAF turun.. menjayakan gotong royonglah katakan... ina kena dtg awal kt opis.. packing makanan (roti sapu jem&kaya) untuk pekerja yg bertungkus lumus membantu gotong royong.. mula2 semua orang bersemangat wat.. bila dah capai jam 10pg... budak2 tu dah mula bergayut kat pokok dari menggemburkan batas...huhu...tapi oklah... sekurang2nya dapatlah meringankan beban kami ni.. seronok gak tgk budak2 ni main...bergayut2 kt dahan pokok.. teringat masa kecik dulu.. main macam tu jugak...huhu.. sukarelawan&kanak-kanak juga wat aktiviti sampingan iaitu buang dahan mati...takut2 terjatuh dan terkena kanak2 kat situ...aktiviti berakhir jam 12...dan inilah hasil aktiviti gotong royong teresbut TERIMA KASIH kepada sukarelawan yg sudi datang terutamanya staff MUSLIM AID ASIA, RMC, dan INDIVIDU DARI PUTRAJAYA.. terima kasih daun keladi.. lain kali datang lagi... =)

Tuesday, June 17, 2008

AktiViti PertaMa DalaM FasA cucUk Tanam

17 Jun..
aktiviti buat batas bermula...
mula2 sronok pegang cangkul..
bila dah 10 kali angkat cangkul, rasa penatlah plak..
dah start termengah2 plak tu..huhuhu..
semalam dah siapkan 5 batas dgn bantuan sorang staff ASDAF dan 4 kanak-kanak..
keje ina dgn ita...wat batas...gemburkan tanah..

keje abang Mat semalam...


dan apabila aktiviti semalam yag berakhir kira2 kul 7 ptg..inilah hasil yang kami dapat...

semalam abg Mat blanja ice cream...nyum!...nyum!...aktiviti semalam berakhir dgn sesi tangkap gambar...